Isnin, 6 Jun 2011

Holiday With Beloved Family

Pada hari Ahad (5/6/2011), saya dan keluarga mertua berjalan ke Melaka Wonderland. Percutian yang sangat menakjubkan walaupun singkat masanya. Yang paling gembira anak-anak iaitu Muhamad Ikhwan dan Nur Shahirah yang comel dan kacak.

Rabu, 26 Januari 2011

Kecemerlangan Anak-anak Tanggungjawab Bersama

Bab 1 : Mewujudkan Peraturan


Ibu bapa adalah individu yang paling dekat untuk mendampingi anak-anak berbanding insan lain termasuklah guru-guru di sekolah. Dalam proses mendidik anak-anak, ibu bapa haruslah meletakkan peraturan dalam keluarga sebagai panduan untuk membina keperibadian yang tinggi dan mengembangkan potensi anak ke arah kecemerlangan. Bayangkan apakah akan terjadi sekiranya sebuah institusi keluarga tidak mempunyai peraturan? Institusi keluarga menjadi kacau bilau terutamanya anak-anak tercari-cari arah tujuan. Tidak dapat dinafikan bahawa kadangkala terdapat peraturan yang diwujudkan bersifat keterlaluan dan tidak diterima oleh individu tertentu. Justeru itu, setiap peraturan yang hendak diwujudkan perlulah merangkumi ciri-ciri ini :
     1)  Peraturan mempunyai matlamat yang mudah difahami.
     2)  Setiap peraturan mestilah mempunyai alasan kepada limitasi-limitasi yang telah ditentukan.
     3)  Peraturan perlulah menitikberatkan kesan yang ditinggalkan sekiranya tidak dipatuhi.

Oleh itu, peraturan yang sistematik adalah penting untuk mencapai kesejahteraan dalam kehidupan bukan sahaja untuk diri tetapi keprihatinan melaksanakan tanggungjawab itu akan melahirkan satu suasana yang harmoni dalam sesebuah keluarga seterusnya menggerakkan ke arah konsep yang disebut Baitti Jannati - Rumahku Syurgaku.

Kenangan KIK 2010